Sunday, July 13, 2008

Saiful yang suka bergambar

Anda mesti kenal saiful. dia nampaknya memang suka bergambar dgn menteri. maknanya gambar yg ditunjuk di Parlimen tempoh hari biasa sahaja. Memang suka bergambar. apa salahnya kan.

Cukuplah tu!!

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) mencadangkan kepada kerajaan akta alternatif - bagi menggantikan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) - yang dapat memberi kebebasan berpersatuan, bersuara, kebebasan akademik dan terlibat dalam politik.

GMMA merupakan gabungan enam pertubuhan pelajar - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa Cina, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Teras Keupayaan Melayu (Teras) dan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma).


Penyelaras GMMA Teh Yee Keong berkata, cadangan tersebut telah disiapkan dan akan diserahkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada Selasa depan.
Renungan: "Budak baju merah dari UPM yang dah konvo lama dari UPM bila lagi nak berhenti jadi budak-budak tukang bawa kertas memorandum. malulah...."

Monday, April 14, 2008

AUKU tidak mungkin melemahkan Pemimpin Mahasiswa

Di Malaysia menjadi seorang pemimpin mahasiswa yang aktif bukanlah sesukar mana. Penulis sendiri pernah menjadi pemimpin mahasiswa di kampus. Tidak pernah pula menulis merasakan diri penulis dikongkong. Bagi penulis jika ada sesuatu yang boleh dikritik dengan fakta yang tepat maka ia satu tanggungjawab untuk memberi pendapat.

Penulis pada tahun 2001 ketika berada menghadiri Konvensyen MPP Se Malaysia mengkritik Tun Dr Mahathir secara terbuka ketika itu sebagai PM kerana mempertahankan Sistem Penggililran Ketua Menteri Sabah. Penulis mencabar Tun dan Tun juga sebaliknya. Kami sangat jelas mengenai sistem itu yang banyak merugikan rakyat Sabah. Tidak pula penulis dibuang dari universiti kerana menyuarakan kritikan pedas itu.

Pada penulis soal AUKU hanyalah kulit sahaja yang penting ialah pendekatan kritis yang telus dan jujur. Prinsip akan menjadikan kita pemimpin pelajar yang dihormati oleh semua pihak. Keterbukaan akan menjadikan kita pemimpin yang mempertimbangkan semua pendaoat dari pelbagai sudut. Penulis memilih untuk mengkritik kerajaan dan pembangkang dalam tahun 2001. Malah universiti di tempat penulis cukup tahu dan kenal cara penulis mengkritik pihak pengurusan universiti. Tidak pula penulis bermasalah besar menghadapi mereka.

Pemimpin mahasiswa sekarang bukannya tidak cukup bagus. Kita harus membezakan antara zaman bukan bernostalgia dengan cerita kisah silam pemimpin mahasiswa terdahulu yang dikatakan lebih berani dan bebas. Itu mungkin suasana dahulu yang memerlukan mereka menjadi seperti itu. Kita harus menghormati cara masing-masing. Anda boleh memerhatikan cara pemimpin mahasiswa sekarang kritis bagaimana? Cara kritis mereka adalah cara berpilih-pilih dan berpuak-puak. Kalau mereka mahu menjadi pengkritik pembangkang maka itulah cara mereka sehingga mereka digelar penyokong kerajaan. Begitu juga sebaliknya. Amat jelas kategori itu dalam pemimpin mahasiswa sekarang. Lantaran itu tidak mungkin kita melihat GAMIS dan PMIUM mengkritik pemimpin PAS begitu juga dalam kelompok aspirasi yang juga tidak berani mengkritik UMNO atau BN.

Medan kami tahun 2001 nyata lebih terbuka dan berani sehingga terbentuknya Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaaan. Kami mempelopori pembentukan mahasiswa berplatform agar suara kami sampai ke peringkat lebih tinggi iaitu PM dan TPM. Apakah mekanisme berbincang dan berunding bukan metod yang baik sekiranya ia mampu menghasilkan keputusan yang baik?

Cara ikut-ikutan mana-mana parti di Malaysia mungkin telah banyak mempengaruhi cara pemimpin mahasiswa bertindak. Pandangan menjadi kabur bila mana sokongan mana-mana pihak menjadi paksi utama. Sedangkan mahasiswa mempunyai cara tersendiri menangani isu yang berlaku. Jika mahu menjadi telus biarlah rentaknya dicari bukan dari lapangan parti. Sesiapa pun tidak menjadi bodoh atau tidak tahu dari mana seseorang pemimpin mahasiswa itu bermula, didikan siapa, parti mana dan macam-macam lagi muncul dikalangan mereka dalam kampus. Mungkin dari Nilam Puri yang terkenal dengan sistem perkaderan PMI nya atau dari UM Pusat yang terkenal dengan ahli PMIUM nya. Apakah seekor ular yang ganas mematuk boleh dipanggil seekor ayam? Sudah tentulah identiti menjadi lebih utama.

AUKU bagi penulis hanyalah ibarat taufan yang melanda berlaku pada masanya dengan sebab-sebab tertentu. Ramai pemimpin mahasiswa yang tidak memahami penggunaannya. Jika cara kita benar tida pihak yang akan menghukum kita. Sistem pemahamannya hanya sistem warisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi pemimpinnya. Ia semacam Nota Serah tugas yang belum pernah selesai sejak 30 tahun lalu.

Anda boleh membaca artikel penulis bertajuk ” AUKU Lemah?” dalam blog ini bahawa sistem hukuman AUKU sejak 1971 gagal dilaksanakan. Yang dilakukan sekarang hanyalah melalui Kaedah Tatatertib universiti yang boleh dicabar.

Ada yang berkata AUKU adalah tidak relevan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan hak bersuara dalam perkara 10. Inilah yang selalu digunakan oleh pemimpin mahasiswa. Namun jarang sekali yang habis membaca dan memahami perkara 10 itu. Misalnya

Perkara 10 (2) (a) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

Sesuatu yang amat jelas bahawa undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Cetak Mencetak, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah bagi tujuan kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam. Ia jelas boleh diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu pemakaian terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti terpakai di Universiti adalah sah dan diterima perlembagaan persekutuan sebagai Perlembagaan Tertinggi Malaysia. Tidak kah itu jelas? Adakah penggunaan AUKU masih tidak berasas?


Tuesday, April 8, 2008

AUKU bukan alasan


Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN



KENYATAAN awal Menteri Pengajian Tinggi untuk menilai semula pelaksanaan dan asas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 memerlukan perhatian dan pemerhatian yang ikhlas dan menyeluruh.


Mahu tidak mahu, AUKU masih lagi menjadi ‘isu politik’ yang lama dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya membayangkan suasana kampus yang serba derita kerana tidak punya kebebasan.


Apakah itu sebenar-benarnya yang berlaku di universiti? Tidak ada percambahan pemikiran? Anak muda yang terlalu terkongkong pemikirannya sehingga men- jadi jumud dan lemah? Para pensyarah yang serba tidak mampu berkata-kata langsung atas nama kebebasan dunia akademik? Kewujudan satu generasi yang serba ‘bisu’ dan tidak punya idealisme? Benarkah dunia universiti menjadi semakin sembap dan lesu?


Pandangan penulis mungkin berbeza sedikit. Pengalaman belajar dalam suasana AUKU yang sama – penulis dan rakan-rakan rasanya tidak terlalu rasa diperbodohkan oleh AUKU. Dalam satu aspek, wujud kebebasan yang nyata untuk kita berinteraksi secara cukup terbuka dengan para pensyarah.


Kurang juga rasanya sekatan yang dirasakan. Atau pihak tertentu lebih melihat AUKU melalui tingkap pandangan ‘Seksyen 15' yang membatasi sedikit penglibatan aktif mahasiswa dalam ‘politik’. Apakah ini yang menyebabkan minda mahasiswa kita lesu dan sembap?


Seksyen 15, AUKU menyatakan secara jelas tentang larangan berikut: “Pelajar atau Pertubuhan, Badan atau Kumpulan Pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan-persatuan dan sebagainya, kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor.”


Dinyatakan secara terang bagaimana seorang pelajar universiti tidak boleh menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja; sama ada di dalam atau luar negara – kecuali sebagaimana diluluskan oleh Naib Canselor.



Tuesday, March 11, 2008

PMN dan Pembangkang menang bersama dalam PRU ke 12


Azlan Zainal dan Zainulfaqar Yakob
Niat mereka untuk berkemmpen bagi pihak pembangkang telah tercapai
hanya sebagai calon sahaja yang belum. Gimik PMN tetap berjalan dengan baik
pada hari penamaan calon. Siapa tak tahan jika borang penamaan calonnya tiada...

Thursday, February 14, 2008

Parlimen Telah Bubar PMN tanding berapa?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini.Abdullah mengumumkan pembubaran tersebut dalam satu sidang akhbar khas di pejabatnya pada jam 12.30 tengahari tadi. Kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihatkan supaya mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, juga berkuatkuasa hari ini.
Nampaknya PMN macam tak sempat nak tunggu daftar parti dengan ROS. PMN hanya boleh letakkan calon BEBAS. Siapa agaknya?

Saturday, February 2, 2008

Cetus isu perkauman: Siapa dalang kes menconteng dinding surau di Kolej Ke-2 UM?

INSIDEN KOLEJ KE-2 UM

Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas seperti seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. (seperti baru belajar) Kemudian Al Quran masih tersusun rapi tanpa diganggu gugat. Yang dirosakkan adalah buku-buku di dalam surau. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?


Jabdin.J
Pemikirmahasiswaonline@yahoo.com

Sempena kehadiran YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke program alumni Day : Home Coming 2008 pada 02 Februari 2008 bertempat di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya sudah ada pihak cuba menangguk di air keruh apabila cuba mencetus isu perkauman dengan menconteng surau dinding Kolej Kediaman Ke 2. Katanya sudah ada usaha untuk mahu mengadakan demonstrasi semasa kehadiran PM itu.

Memang orang yang menconteng dinding surau itu cukup berani mengkhianati rumah Allah. Ada motif besar yang cuba disembunyikan dalam peristiwa ini apabila contengan yang dibuat di surau kolej terbabit dikatakan ditulis dalam bahasa India. Mungkin ia bermotif mahu memburukkan pihak lain dalam kes ini. Kes di Kolej ini menimbulkan rasa tidak senang yang mendalam apabila perkata “om” dikatakan di tulis di dinding surau.

PMIUM berlagak seperti hero. Benarkah PMIUM ikhlas berjuang?
Kajian Kes: Kes Contengan di Pejabat PMIUM suatu ketika dulu



Anda masih ingat dengan peristiwa contengan bangunan di pejabat PMIUM dulu? Pejabat PMIUM adalah pejabat yang dikawal 24 jam dan sentiasa mempunyai penghuni. (Kan PMIUM sangat aktif jadi pejabat sentiasa berorang). Persoalannya siapakah yang menconteng bangunan Pejabat PMIUM ini jika pejabat ini sentiasa dikawal 24 jam? Bodoh sangatkah pihak musuh mahu menconteng bangunan yang sentiasa dikawal 24 jam oleh ahlinya. Sendiri mahu fikirlah kan sejauhmana kebenaran isu ini.


Semoga mereka yang melakukan perbuatan ini mendapat hidayahnya? Hari ini PMIUM berhempas pulas untuk membina nama semula. Persatuan yang gagah sejak 30 tahun lalu tumbang dengan hanya 5 tahun oleh kekuatan mahasiswa aspirasi. Allah lebih Maha Adil dan Penyayang dengan hamba-hambanya yang benar.

Kes Kolej ke-2 UM

Siapakan dalangnya? Umum terlebih dahulu kita cuba memahami apa yang berlaku di Kolej ini.

Isunya mungkin bersifat peribadi apabila ada mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan pengetua kolej ke-2 iaitu Profesor Dr. M. Rajentheran ( Pengetua KK2 dan Pensyarah di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya ) dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass ( Penyelia kolej dan Penolong Pendaftar di Pusat Pelajar Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya). Tuduhan mereka ialah Kolej ini terlalu ramai mahasiswa India. Oleh itu mereka tidak berpuas hati.

Tidak sukar untuk menjangka dan menilai perlakuan siapakah yang melakukan perbuatan menconteng dan melakukan pencerobohan surau tersebut. Namun penulis tidak mahu menuduh sesiapa. Biarlah Allah yang membalasnya. Banyak perkara yang menyangsikan dalam kes ini.

Apapun paling penting Al Quran kitab suci Islam dalam surau ini tidak dirosakkan. Malah masih tersusun rapi. Kalau di luar negara yang melibatkan kaum dan agama sudah tentu kitab-kitab suci akan menjadi mangsa. Yang diconteng ialah hanya dinding dan juga menyepahkan buku-buku dalam surau tersebut. Betapa takutnya sipenceroboh. Mungkin dia masih memahami mengenai perkara dosa dan pahala?

Jadi siapakah dalangnya? Siapakah yang melaporkan kes? Siapakah yang gila publisiti dalam kes ini? Jika kes ini dijadikan isu perkauman rasanya pihak yang melakukan perkara ini sangat silap. Gerak saraf seperti ini sangat boleh dijangka. Anda mungkin sudah tahu siapa dalangnya? Mungkin lebih baik kita BERSUMPAH DENGAN AL QURAN SIAPA YANG MELAKUKANNYA. Semoga mereka yang melakukan perbuatan ini bertaubat kepada Allah. Wassalam.